Mar 10, 2011

di kampung

1 penyokong
sampai sudah bulat di kampung halaman (bukan kg pun)..
tp yang best nya harine la 1st bulat nek bus 2 tingkat balik umah :)
sangat2 teruja... hahahaha dah la dalam bus 2ade 6 og je penumpang....
perjalanan kali ini mengambil masa selama 1 jam sahaja..
sedar ja dari tidor terus sampai..
apa punya laju bus neh bawak..... huhuu...alhamdulilah bulat selamat sampai di destinasi...

lepas kelas je terus bula balik dah lama sangat kot tak tengok kedah darulaman...
rindu sangat... (gelak dengan gedix sekali) .... tadi akak tercinta yang amekbulat kt stesen bus...
dah mara2 dah dengan alasan banyak keta kat bengkel dengan muka kesian bulat cakap 'ala ikah balik bukan selalu' hikhikhik.. akak pun diam jela hahahah...

sampai umah mak n abh tak de kt umah... masuk la bilik yang ditinggalkan selama sebulan...
lantai melekit... tah apa yang tumpah la... dengan tak salin baju bulat pun terus mop lantai...
huhuu.. berpeluh2 dengan perot lapa.... kt umah juz ada sayur goreng ja..tu la padah kalu nak balik tak mo bagitau hahahaah(konon-konon nk uat suprise)....

siap je solat ap sume layan jap cita indon apa tah cinta mashanda kot.. xtaw la sbb dekat rumah sewa tak dak tv.. hahaha... bulat bkn jenis layan cita indon..arap maaf  :)

dalam sejam mak pun balik dari keja.. tetiba abah ajak tukar katil.. sebab katil bulat dah bengkok..
nek heran jugak macam ner la ley bengkok...katil dari double dacker jadi single.. haahahaha...
dah bekemas bulat pun punggah la barang lelama.. nk tergelak pn ada.. gambr 2 nt bulat update k.. xsempat nk scan lg hahahah...sangat -sangat lucu.. hahahaa....bilik yang semak samun dah jdik bilik yang sporty la.. hahahaha....sapa ada tip nk kekalkn kekemasan bilik tulun kumen k...

esk citta lg laaa.. bulat nk g kebun n kg bulat plak nt kta sambung ag... nk tdo dulu...

Mar 9, 2011

kebaikan buah nenas

3 penyokong
dah lama kot bulat tak uat entry ...
rasa nak buat balek laa..
hehehe
arine bulat nk cerita tentang kebaikan buah nenas dan keburukannya kalu adalah..


disebabkan bulat sangat suka kan nenas...:)






Nenas merupakan sejenis buah tropika yang lazat. Ia merupakan sejenis buah yang mempunyai kandungan mineral dan vitamin yang cukup tinggi. Ramai di kalangan kita menggemarinya sebagai makanan pencuci mulut yang menyegarkan disamping kegunaan lain seperti jem nenas, halwa, jeruk, tat nenas atau dimakan mentah begitu sahaja. 

Bagi penggemar nenas, mungkin mereka pernah mengalami luka-luka kecil di dalam mulut selepas memakan nenas dalam kuantiti yang agak banyak. Bagi ibu-ibu yang mengandung, pantang larang orang melayu tidak membenarkan mereka memakan nenas. Tajam dan berbahaya terhadap kandungan, katanya!. Entah benar atau pun sekadar mitos, tidak pernah pula dibuat kajian mengenainya.  

Walaubagaimanapun, terdapat komponen bahan kimia pada buah nenas yang boleh menyebabkan luka kecil pada tisu mulut sekiranya diambil secara berlebihan. Bahan kimia tersebut dinamakan enzim bromelain. Enzim ini merupakan salah satu dari kumpulan enzimprotease yang dapat menghidrolisis (menguraikan) protein. Enzim protease sebenarnya terdapat di dalam hampir semua jenis buah-buahan, namun tahap protease di dalam nenas dicatatkan paling tinggi berbanding buah-buahan yang lain. 

Oleh yang demikian, sedikit sebanyak ia akan mempengaruhi si pemakannya dengan cara merungkaikan ikatan protein pada mulut yang akhirnya menyebabkan luka kecil. Salah satu pemerhatian yang dibuat untuk membuktikan kewujudan enzim ini ialah semasa pembuatan agar-agar buah. Dalam proses pembekuan agar-agar yang menggunakan gelatin, semasa fasa penyejukan sekiranya dimasukkan kiub-kiub nenas segar di dalamnya, dalam tempoh tertentu, sepatutnya hasil yang diperolehi ialah agar-agar nenas yang kenyal namun sebaliknya yang berlaku.Agar-agar tidak akan mengeras malah tetap cair dan hancur walaupun dibiarkan dalam tempoh yang lama. 





Hal ini tidak berlaku sekiranya kita memasukkan buah strawberrypeach, tembikai dan sebagainya. Ia membuktikan kewujudan enzim bromelain di dalam kumpulan proteasedengan kadar yang tinggi di dalam buah nenas yang akan menguraikan ikatan protein di dalam gelatin yang digunakan dalam proses pembuatan agar-agar. 

Enzim bromelain yang terdapat pada nenas juga merupakan sejenis sistem perlindungan dirinya. Contohnya, adakah di kalangan kita pernah melihat serangan ulat dan serangga pada buah nenas. Tentu tidak bukan? Namun ulat dan serangga sangat gemar menyerang buah-buahan lain seperti jambu, tembikai, epal dan sebagainya.


jika ada pendapat tentag nenas harap dapat membantu bulat ye...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...