Oct 16, 2011

tak ada entry baru

1 penyokong
selamat petang 
seharian tatia duk godek-godek tenet neh tapi tak ada benda pun yang nak di buat ...


   hari neh sepatutnya tatia kerja partime dekat MCD tapi disebabkan pemalas dan mudy untuk bekerja tak ada tatia memerap je dekat rumah... 
tatia tengah cari idea untuk malam dinner tatia nanti 'arabic night' godek punya godek terjumpa la satu blog yang comel dan menepati ciri-ciri yang diingini oleh sesiapa yang ada funtion like tatia.... neh la blog dia...
tapi muka tuan blog dia tak berapa jelas laa...




 so datang la reramai..... jangan lupa k....







neh salah satu koleksi beliau...



koleksi kedua yang beliau sell..

so like & datang la reramai ke page beliau dan blog beliau k :)


P/S: uat cik lulu blog anda sungguh comel banyak kan lagi ye baju-baju yang up to date k..




Aug 28, 2011

lewat mlm

1 penyokong
saja je tatia tak taw nak tulis apa kat blog neh....
tatia ade cerita, nk korang bagi pendapat kat tatia..


2 minggu lepas tatia ada lah berkenalan dengan seorang mamat neh dalam Fb (nama fb dirahsiakan)
tatia gelar dia C-A laa.... tatia pun tak tahu sapa la yang duk mengatal menambah kenalan tatia neh..
tgk2 tatia dah terima C-A jadik kawan tatia.. so dia cakap nak berkenalan  sebab 2 tatia tak suka nak menambah kenalan dengan orang yang tatia tak kenal.....

 nak di jadikan cerita kami berbual sampai lewat pagi.. sampai solat subuh baru tatia meng0ffkan fb tatia...
kebetulan dia neh MR D... so tatia macam agak gerun jugak la... dia cerita la yang dia neh jadi MR D sebabkan isteri dia memukul dia.....

tatia kan sangat baik dengan my mum so tatia tanya mum gelak kot... pas 2 tatia macam pelik betul ke ada orang dalam dunia neh kalu kena pukul uat bodo ja.. miesti korang kata tatia neh 'ngek' sebab pikir macam orang tak matang....

tatia plak jenis cepat cikit nak jumpa2 orang neh bila baru kenal (bajet hot )... mum pesan bebaik takot jadi macam sekarang neh ramai orang duk uat benda tah pape.....
pikiran dia memang pelik tatia dah terjebak dengan dia  macam ne nk elakkan daripada terus menerus terjebak dengan dia......

tolong laa.. macam ne tatia nak buat neh...semakin hari macam semakin pelik je perangai dia... penah sekali tatia tak jawab kol n mesej dia ugut nak duk depan rumah... tak ke heran semua tuh :(....
mintak apa semua bagi kalu tatia jenis mintak memang kering dah poket dia tuh....

betul-betul serik kenal dalam Fb apa yang kita uat dalam Fb semua dia periksa.. dengan siapa tatia kawan.. mengalahkan mum tatia plak....

moral: sekurang-kurangnya biala kita mengenali hati budi dia dulu sebelum  kita berjumpa or blind date

Aug 27, 2011

khasiat kurma

0 penyokong
   Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari.
    Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
h_dd26.jpg (19498 bytes)
Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)
Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :


h_dd27.jpg (32536 bytes)
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.


Aug 6, 2011

Kembali

0 penyokong

Selamat pg!!!!
Bangun sahur belaka... Dah lama tatia tak update blog almaklum la Internet dah kembali kat umah.... Banyak ceritA yang tatia nak kongsi dengan korang semua taw.....


Rindu kat geng blogger utaqha la.. Lama tak mek taw pekembangan korang semua....
Tatia merantau ke pulau pinang  untuk memcari rezeki disana....


Pengalanman paling menarik adalah bekerja di mcD megamall....
Pertama Kali tatia kerja memang malu sangat yela kena berkomunikasi dengan pelanggan yang bantyak ragam Dan kerenah... Keje xsampai pun 2bulan tatia dah ditawarkan dengan pekerjaan yang lain...bersyukur sangat la...


Tapi sebelum tatia gerak keluar Dari mcD sempat lagi tatia join piknik dengan depa.....
Walaupun sikit tapi memang best la... Sangat- sangat....
Paling best kumpulan tatia yang menang hahahahahaah


Acara-acarA yang dipertandingkan adalah seperti berikut :


  • Tiup cekelat dalam tepung
  • Berjalan mengunAkan tempurung kelapa
  • Pecah belon mengunakan punggung
  • Makan buah
  • Makan (laksa dibuat sendri,nasi ayam masak merah dan kari ikan pari)
  • acara bakar membakar
  • Peyampaian hadiah dah membahagikan harta benda.....










    sampai je terus je makan...
    sempat lagi peposing-posing









    sambil tengok astro



    bergambar kenangan bersama




    sebelum aktiviti bermula




    selepas game 4dara pingitan


    acara yang paling mantop..
    tatia nek 2 kali ceq oi...



    gedik dak posing macam nih???


    manager merangkap abg terbaik


    pemenang utama la...
    tak rugi eh duk perabis sora...























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...